BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

HPA Sukses Dengan Program Sepanjang Februari 13





Alhamdulillah hirobbilalamin.  Syukur ke hadrat Ilahi.  HPA bangkit dengan sedikit ujian.  Ramai yang memperkatakan HPA bakal bankrup.  Tetapi, hakikatnya HPA semakin maju dan berjaya.  Terbuktinya, jadual program HPA semakin padat.  Setiap PBC G2 yang berlalu berjaya melahirkan puluha. Ahli baru yang bakal menjadi seorang Usahawan Herbalis Real Bisnes.




 Klik disini untuk melihat gambar













PBC G2 Pintar Herba 14


Jangan lepaskan peluang keemasan.  Peluang untuk memperoleh pangkat Pengurus Melati (20%) dengan hanya menyertai Program Pintar Herba 14.

Kenapa anda perlu menyertai kami?  ,

  • Mendalami ilmu herba.  
  • Mengetahui pengurusan stress mengikut fahaman Perubatan Jawi.
  • Berpeluang menjana pendapatan 5 angka sebulan
  • Berpeluang menjadi seorang Usahawan Herbalis.
  • Hadir program, terus dapat pangkat 20%.
  • Diselitkan qiamullail, tazkirah, solat berjemaah, zikir munajat, bacaan quran dan sebagainya.
  • Diselitkan juga riadhah yang menyihatkan.


Takziah Buat Catriona Ross Sekeluarga

Bergambar bersama Pengarah Urusan dan sahabat di program ESP.
Kami dari pihak Pengurusan HPA mengucapkan salam takziah buat Puan Catriona Ross sekeluarga atas pemergian ibunda tercinta, Puan Siti Zawiah @ Noor Zakiah binti Abdul Rahman pagi tadi.

Petikan kata - kata akhir Kak Nor, "Mana mungkin saya lupakan HPA.  Di HPA lah saya kenal Solat Dhuha, Al - Mathurat,  dan soal halal haram".  Semoga Allah merahmati beliau dan menempatkan beliau bersama orang - orang yang beriman.  Al Fatihah..

Gambar Kenangan Allahyarhamah bersama HPA









PBC G2 Di Ipoh, Perak.

Syukur ke hadrat Ilahi yang memberkati program PBC di Hotel Seri Malaysia Ipoh, Perak.  HPA masih diterima ramai oleh ahli - ahli baru yang terdiri daripada kalangan pemuda pemudi.  Begitu juga dengan kehadiran leader - leader HPA yang merindukan suasana PBC.  Tidak dinafikan.  Program PBC HPA banyak menggsmit kenangan indah.

Benarlah. Bahawa Allah mengikut sangkaan hamba - Nya.  Jika kita mengkehendakkan sesuatu yang baik, Allah pasti akan hadiahkan.  Admin melihat, kebangkitan inilah yang menjanjikan sinar bahagia kepada semua.  Walaupun pelbagai tohmahan dari blog yang tidak bertanggungjawab, HPA tetap semakin maju bersama pemimpin - peminpin yang setia.  Biarlah mereka dengan cara mereka.  Lama kelamaan, mereka pasti lelah mengikut kita.

Kesimpulan kejayaan PBC G2 di Melaka dan Ipoh :-
- PBC di Ipoh telah melahirkan 18 orang peserta baru dan PBC di Melaka melahirkan 20 orang peserta baru.
- Seramai 112 orang peserta di seluruh Malaysia dilahirkan oleh PBC pada hari yang sama.

Untuk makluman, gambar - gambar sekitar PBC boleh anda klik  di sini.

PBC G2 Di Bumi Hang Tuah Membangkit Semangat

Alhamdulillah hirobbilalamin.  PBC G2 hari ini berjalan serentak di Melaka dan Ipoh.  Terkini peserta di Melaka seramai 46 orang dan 13 orang daripadanya ialah ahli baru.  Di Ipoh pula, peserta yang hadir ialah 56 orang diwakili oleh 20 orang ahli baru.
20 ahli baru yang hadir ke PBC G2 Ayer Keroh

Kami dari pihak HPA mengucapkan tahniah kepada leader - leader dan PJS yang terlibat.  Lahirkanlah ahli HPA yang kuat jati dirinya.  Pihak syarikat telah berusaha sekeras - kerasnya mengelakkan berlakunya 'proxy' dikalangan peserta. Dengan harapan yang mereka mampu menjadi pemimpin yang setia dimasa akan datang.  Insyaallah.




Elakkan fitnah

Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC G2) di Ipoh dan Melaka secara 
serentak akan bermula esok pagi. Saya melihat ini menandakan kebangkitan HPA yang semakin 
hari menempah kejayaan 
yang sangat membanggakan.  Siapa kata HPA akan jatuh?  

HPA masih ada malah semakin maju.  Program - program HPA semakin mendapat sambutan.
Semangat perjuangan dan setiakawan semakin menebal dikalangan leader - leader setia HPA.
Sejak akhir - akhir ini, fitnah semakin menjadi - jadi.  Facebook dan blog dijadikan medan tempat 
mengumpat dan fitnah.  Malahan, apa yang dikatakan banyak yang tak betul. 

Mari kita lakukan kerja kita.  Elakkan membuat perkara yang lagha.  Saya tidak pula mengatakan 
membaca blog, facebook dan twitter itu sesuatu yang lagha.  Cuma, pernahkah kita terfikir 
bahawa berapa kali sehari kita membaca Al - Quran?  Dan berapa kali pula kita membaca hadis?
Semoga segala pekerjaan kita menjadi ibadah.

Marilah kita sama - sama mendoakan kejayaan HPA.  Kejayaan ummah dengan harapan, 
PBC G2 menjadi permulaan kebangkitan bagi mengukuhkan ekonomi ummah.





PBC G2 di Ipoh



Keuntungan bijak bersama HPA

  • Keuntungan material
  • Keuntungan spiritual
  • Keuntungan emosional
  • Keuntungan mental
  • Keuntungan fizikal
  • Keuntungan sosial



PBC Gelombang Ke 2

Jadual Program Februari 2013

9-10/2/2013 (Sabtu-Ahad)

IPOH, PERAK
MELAKA

15-16/2/2013 (Jumaat-Sabtu)
SUNGAI PETANI, KEDAH

22-23/2/2013 (Jumaat-Sabtu)
MARANG, TERENGGANU