BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Elakkan fitnah

Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC G2) di Ipoh dan Melaka secara 
serentak akan bermula esok pagi. Saya melihat ini menandakan kebangkitan HPA yang semakin 
hari menempah kejayaan 
yang sangat membanggakan.  Siapa kata HPA akan jatuh?  

HPA masih ada malah semakin maju.  Program - program HPA semakin mendapat sambutan.
Semangat perjuangan dan setiakawan semakin menebal dikalangan leader - leader setia HPA.
Sejak akhir - akhir ini, fitnah semakin menjadi - jadi.  Facebook dan blog dijadikan medan tempat 
mengumpat dan fitnah.  Malahan, apa yang dikatakan banyak yang tak betul. 

Mari kita lakukan kerja kita.  Elakkan membuat perkara yang lagha.  Saya tidak pula mengatakan 
membaca blog, facebook dan twitter itu sesuatu yang lagha.  Cuma, pernahkah kita terfikir 
bahawa berapa kali sehari kita membaca Al - Quran?  Dan berapa kali pula kita membaca hadis?
Semoga segala pekerjaan kita menjadi ibadah.

Marilah kita sama - sama mendoakan kejayaan HPA.  Kejayaan ummah dengan harapan, 
PBC G2 menjadi permulaan kebangkitan bagi mengukuhkan ekonomi ummah.





0 comments: